Biografi Ari_Lasso

Ari berusaha keluar dari pengaruh dadah dan membersihkan dirinya. Setelah berjaya, beliau memulakan kerjaya solonya, yang kemudian berjaya membangkitkan kembali nama dalam industri hiburan di Indonesia. Anak dari pasangan Bartholomeus B. Lasso dan Sri Noerhida ini kemudian menerbikan album Sendiri Dulu (2001), menyusul kemudian Keseimbangan (2003), Kulihat Kudengar dan Kurasakan (2003).

ketika remaja, Ari lasso bersekolah di SMA 2 Surabaya. Ari Lasso bersama kawannya Juniarso yang menjadi pemain dram pertama Dewa dan Piyu yang kemudiannya menjadi pemain gitar kumpulan PADI, membentuk sebuah kumpulan bernama Outsider Band. Sejak pertemuannya dengan kakitangan Down Beat yang terdiri daripada Dhani, Erwin dan Andra, ia merasa serasi sehinggakan mula bermain muzok bareng. Pertemuan mereka kemudian membawa kepada pembentukan kumpulan Dewa 19. Dan melalui perjuangan panjang, akhirnya Dewa 19 berhasil masuk ke bidang rakaman.

Album debut Dewa 19, 'Kangen', kemudian berhasil menjadi album terlaris versi BASF (1993).Saban hari semakin membuatkan Dewa 19 semakin popular, sehingga nama Ari Lasso pun semakin dikenali. Setiap album Dewa 19 yang dikeluarkan selalu menraih kejayaan.

Tetapi nampaknya Ari belum siap menjadi penyanyi terkenal sehingga terjerumus dalam dadah. Penglibatannya dengan dadah sejak album ketiga akhirnya tidak lagi dipandang remeh oleh Dhani dan ahli Dewa 19 lainnya. Ari menghambat pembuatan album kelima band tersebut. Kemuncaknya membawa kepada perpecahan Erwn, Wong Aksan dan akhirnya Ari dari Dewa 19.

Ari yang telah sedar tabiatnya menagih dadah merugikannya sehingga berusaha meninggalkannya. Biarpun berhasil namun, sudah patah arang dengan Dewa 19 sehingga memutuskan berkarier solo.

Album solo perdananya yang dibuat Ari dengan bantuan kawan-kawannya Bebi Romeo, Erwin Dewa, Andra, Bimo, Bongky, Anto Hoed, Denny Chasmala, Andi Rianto dan lain-lainnya iaitu 'Sendiri Lagi' ternyata berhasil meletup di pasaran pada 2001. Ari mampu membuktikan dirinya wujud dalam industri muzik tanpa Dewa 19.

Sejak itu, Ari pun sibuk memenuhi pelbagai tempahan pertunjukan di merata-rata tempat dan stesen televisyen. Tidak hanya itu, ia pun membuat klip video pertama kalinya untuk lagunya yang bertajuk 'Misteri Ilahi', lagu yang menceritakan pengalamannya pada masa lalu termasuk saat ketagihan dadah.

Kini Ari Lasso sebagai penyanyi telah makin matang dan lebih berhati-hati melangkah dalam meniti kerjayanya dalam industri muzik. Tidak hanya itu, hubungannya dengan Dhani yang tegang kembali rapat. Malah Dhani rela menyumbangkan dua lagunya 'Rahasia Perempuan' dan 'Jika Aku Bukanlah Aku' ke dalam album solo kedua Ari yang bertajuk 'Keseimbangan', hasil daripada respon baik dari peminat muzik Indonesia.

Pada 2016, Ari Lasso menjadi salah seorang panel juri The Voice Indonesia musim kedua.[1]