Karier Ariff_Farhan_Isa

Mohd Ariff Farhan belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil ketika berumur 13 tahun. Kemudiannya, dia dipilih ke dalam pasukan bola sepak SSBJ untuk pertandingan Piala Presiden Malaysia.

Dia dipilih oleh jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke dalam skuad Malaysia bawah-22 untuk Kelayakan Piala Asia B-22 AFC 2013. Dia merupakan pemain termuda dalam pertandingan itu ketika baru berusia 16 tahun.[2][3][4]

Selepas menunjukkan aksi cemerlang dalam pertandingan itu, dia dimasukkan ke dalam skuad Harimau Muda A untuk beraksi dalam Liga S.[5] Dia membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian ketika perlawanan menentang Balestier Khalsa pada 7 Oktober 2012 menjadikannya pemain termuda untuk beraksi dalam Liga S,[1] dan bermain dalam kesebelasan utama pada 2 November dimana Tampines Rovers menewaskan Harimau Muda A untuk mengesahkan kejuaraan Liga S mereka.[6]