Kehidupan Arjuna

Arjuna ialah seorang pakar memanah dwicekat yang memainkan peranan utama dalam pertempuran antara Pandava bersaudara dan musuh mereka, iaitu putera-putera Dhritarashtra yang dikenali sebagai Kaurava. Arjuna keberatan untuk melibatkan diri dalam pertempuran kerana sedar dirinya diharapkan membunuh ramai orang musuh, termasuk sebilangan besar sanak saudara sendiri. Arjuna dipujuk oleh penunggang rata dan sahabat akrabnya, Sri Krishna, agar mengubah pendiriannya. Perbualan mereka mengenai perihal perang — keberanian, kewajipan pahlawan, lumrah kehidupan manusia dan jiwa, serta peranan dewa-dewi, menjadi asas kepada perkara Bhagavad Gita, salah satu episod terpenting dalam epik Mahābhārata. Arjuna juga memainkan peranan penting dalam membunuh musuh ketatnya, Karna, yang tanpa disedarinya seorang saudara sedarah daging yang tergolong dalam Kaurava. Arjuna juga dikenali dengan sebelas nama lain: Kaunteya, Phalguna, Jishnu, Kireeti, Shwetavaahana, Vibhatsu, Vijaya, Pārtha, Savyasaachi, Dhananjaya dan Parthiba.