Arka_cerita

Arka Cerita adalah pemanjangan atau penyambungan jalan cerita dalam sesuatu episod atau bab media penceritaan seperti televisyen, buku komik, komik jalur, permainan papan, permainan video, dan dalam sesetengah kes, filem. Pada program televisyen, contohnya, penceritaannya akan membuka lebih banyak episod. Dalam siaran televisyen, penggunaan arka cerita telah biasa digunakan dalam drama berbanding komedi, lebih-lebih lagi dalam komedi stambul. Webkomik (komik internet) adalah paling sesuai menggunakan arka cerita berbanding komik suratkhabar, kerana kebanyakan komik web mempunyai arkib dalam talian yang boleh dibaca oleh pembaca baru untuk memahami apa yang sedang berlaku. Walaupun arka cerita telah wujud selama beberapa dekad, istilah "arka cerita" dicipta pada tahun 1988 berhubung dengan siri televisyen Wiseguy,[1] dan telah diadaptasi penggunaan definisi ini dalam siri lain dengan cepat.