Arkeologi
Arkeologi

Arkeologi

Arkeologi (dari Bahasa Yunani: αρχαιολογία - archaiologia, dari αρχαίος - archaios, "asal, purba, tua" dan λόγος - logos, "kajian"; Bahasa Inggeris: Archaeology) iaitu bermaksud 'temu bual tentang benda purba atau silam'. Ia juga dikenali sebagai kaji purba merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan.