Armando Dippet adalah satu
watak rekaan penyihir dan merupakan bekas Pengetua
Hogwarts dalam siri
Harry Potter karya
J. K. Rowling. Beliau memegang jawatan sebagai pengetua sebelum
Albus Dumbledore mengambil alih jawatan itu.Dippet pertama kali muncul dalam
Harry Potter and the Chamber of Secrets sebagai Pengetua Hogwarts ketika
Tom Marvolo Riddle masih menjadi pelajar di sana dan ketika peristiwa terbukanya
Bilik Rahsia. Pembukaan Bilik Rahsia ini menyebabkan pelajar lain iaitu
Myrtle terkorban. Dippet yang tidak menyedari bahwa Riddle yang merupakan dalang di sebalik serangan itu, mempercayai kata-kata Riddle yang mengatakan raksasa yang membunuh itu adalah peliharaan
Rubeus Hagrid. Menurut Riddle, Dippet kemudian melarangnya mengungkit mengenai peristiwa itu dan menutupi kematian Myrtle sebagai "kemalangan yang ganjil"
[HP2].Dippet menolak untuk membenarkan Tom untuk tinggal di sekolah ketika cuti musim panas. Kejadian ini dapat dilihat oleh
Harry dalam ingatan diari Tom Riddle
[HP2]. Dippet berhenti menjadi pengetua pada tahun
1956, tapi tidak diketahui adakah beliau mengundurkan diri atau meninggal dunia
[HP5][HP6]. Dippet memiliki potretnya di dinding pejabat pengetua sekolah, sehinggakan beliau masih dapat berbincang mengenai hal-hal terkini dengan lukisan potret para pengetua sekolah sebelumnya dan pengetua sekolah terkini yang sedang menjawat
[HP5]. Beliau digantikan oleh
Albus Dumbledore, yang ketika sebagai Timbalan Pengetua dan mengajar kelas
Transfigurasi.Dalam
Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, ternyata bahawa Tom Riddle inginkan jawatan sebagai guru
Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam segera setelah ia lulus dari
Hogwarts. Armando Dippet menolaknya dengan alasan Riddle masih terlalu muda, dan mengatakan bahawa dia boleh mencuba lagi setelah beberapa tahun.
Albus Dumbledore kemungkinan turut mempengaruhi keputusan ini kerana Dippet agak menyukai Riddle
[HP6].