Arnab
Arnab

Arnab

Pentalagus
Bunolagus
Nesolagus
Romerolagus
Brachylagus
Sylvilagus
Oryctolagus
Poelagus
Caprolagus
Pronolagus
LepusArnab (Tulisan Jawi: ارنب) atau kelinci merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal daripada bahasa Arab, iaitu arnab[1] (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal daripada bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab".[2] Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972.[3] Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal daripada perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.

Rujukan

WikiPedia: Arnab http://www.environment.gov.au/biodiversity/invasiv... http://en.allexperts.com/q/Rabbits-703/rabbit-feet... http://www.enature.com/fieldguides/detail.asp?curF... http://www.endicott-studio.com/rdrm/rrRabbits.html http://books.google.com/books?id=AYCC8FLbX2wC&pg=P... http://books.google.com/books?id=ZCS5yfJ7NAEC&lpg=... http://books.google.com/books?id=kPFW95tjKpQC&lpg=... http://language.rabbitspeak.com/ http://courses.ttu.edu/thomas/classpet/1998/rabbit... http://www.fsis.usda.gov/Factsheets/Rabbit_from_Fa...