Warna-warna Arsenal_F.C.

Warna asal Arsenal di tempat sendiri. Pasukan ini telah memakai kit yang serupa (tetapi dengan stokin merah "redcurrant") semasa musim 2005–06.

Dalam sebahagian besar sejarah Arsenal, warna rumah mereka ialah baju merah terang dengan lengan putih dan seluar pendek putih, meskipun kadangkala situasi ini berubah. Pemilihan warna merah adalah sebagai menghargai sebuah sumbangan amal daripada Nottingham Forest, sejurus selepas penubuhan Arsenal pada tahun 1886. Dua daripada ahli penubuhan Dial Square, Fred Beardsley dan Morris Bates, adalah bekas pemain Forest yang telah berpindah ke Woolwich untuk bekerja. Sedang mereka menubuhkan kesebelasan utama di kawasan itu, tiada kit yang boleh dijumpai, jadi Beardsley dan Bates telah mengirim surat ke rumah untuk mendapatkan bantuan dan menerima satu set kit dan sebiji bola. Baju itu lebih gelap merahnya berbanding dengan warna moden kelab ini sekarang, hampir ungu, dan telah dipakai dengan samada seluar pendek putih atau gelap.

Pada tahun 1933, Herbert Chapman, yang menghendaki pemain-pemainnya untuk berpakaian lebih segak, telah mengubahsuaikan kit tersebut, menambah lengan putih dan merubah merah gelap itu kepada merah yang lebih terang seperti merah peti pos. Pasukan ini telah serasi dengan kombinasi ini semenjak itu, selain daripada dua musim. Mula-mula, pada 1963–64 kit tersebut telah diubah kepada semua merah, tetapi langkah ini didapati tidak popular dan lengan putih kembali pada musim berikutnya. Kali kedua, semasa 2005–06 ialah musim terakhir Arsenal bermain di Highbury, baju pasukan telah diubah sementara kepada warna asli merah gelap, atau "redcurrant", untuk mengenang kembali warna yang telah dipakai semasa musim pertama di Highbury, pada tahun 1913. Kelab ini akan kembali ke warna kebiasaaan mereka untuk musim 2006-07.

Warna rumah Arsenal telah menjadi inspirasi kepada sekurang-kurangnya dua buah kelab lain. Pada tahun 1909, Sparta Prague telah mengambil sebuah kit merah gelap seperti yang dipakai oleh Arsenal sewaktu itu; pada tahun 1930-an, Hibernian mengambil rekaan lengan Arsenal dalam warna baju hijau dan putih mereka. Kedua-dua kelab tersebut masih memakai rekaan itu hingga ke hari ini.

Warna tempat lawan Arsenal secara tradisinya adalah kuning dan biru, meskipun mereka telah memakai sebuah kit hijau dan biru tentera laut buat sementara ketika awal 1980-an. Sejak 1990-an dan ketibaan pasaran kit yang lumayan, warna tempat lawan mereka telah diubah setiap beberapa musim. Secara amnya, warna itu samada kuning dan biru, ataupun rekaan dua-ton biru, sungguhpun telah ada sebuah rekaan emas metalik dan biru tentera laut untuk musim 2001–02. Bagaimanapun, ramai peminat Arsenal merasakan yang baju biru tersebut membawa nasib malang- kesemua tiga kejuaraan Premier League dicapai dalam musim di mana pasukan ini memakai kuning atau emas. Warna tempat lawan untuk 2005–06 adalah kuning dan kelabu gelap.