Kareer Arsène_Wenger

Berikutan pemain yang berkurangan di kampung beliau, berlaku kesukaran untuk pemilihan pemain-pemain bola sepak untuk mencukupkan 11 orang pemain yang sama usia; Wenger akhirnya berjaya bermain dalam kelab itu ketika berusia 12 tahun. Pada 1969, Wenger telah dijadikan pemain kepada kelab divisi ketiga iaitu Mutzig yang dikenali sebagai "kelab amatur terbaik" yang diuruskan oleh Max Hild yang juga bertindak sebagai mentor Wenger. Ketika itu, Wenger sudah berusia 20 tahun yang dianggap sebagai terlambat untuk membina reputasi sebagai seorang pemain bola sepak yang terkemuka; beliau akhirnya menyedari bahawa beliau tiada masa depan dalam permainan bola sepak.

Beliau telah menjaga perniagaan alat ganti keluarga tetapi sering mempertingkatkan pemerhatian beliau kepada bola sepak, beliau sering membeli majalah France Football dan sering menonton perlawanan bola sepak Bundesliga untuk mempertingkatkan keupayaan dalam menonton kelainan pengurusan strategi bola sepak.

Wenger meneruskan pelajaran beliau dan memasuki Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Sains di Strasbourg Universiti untuk membaca politik dan ekonomi selepas pembelajaran terhadap perubatan. Pada 1973, beliau telah menyertai kelab separa professional Mulhouse untuk seimbangkan bola sepak dengan pelajaran. Wenger menyiapkan ijazah ekonomi dan setahun kemudian, mewakili skuad pelajar Perancis dan melawat Nigeria, Lebanon dan Uruguay.  

Di Mulhouse, Wenger telah diuruskan oleh Paul Frantz yang seiras seperti Hild untuk memberi impak kepada kareer Wenger. Frantz memberi kepercayaan kepada Wenger tentang kepentingan nutrisi pemakanan, isometrics dan bekerja dengan seorang pemain bola sepak. Wenger bermain di posisi tengah, sering diletakkan di belah kanan. Pada perlawanan mereka pada 1974-75, kelab itu menewaskan AS Nancy untuk mengelakkan penyingkiran tetapi Frantz bertindak untuk meletak jawatan. Wenger juga membuat keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut kerana berulang-alik ke Mulhouse dari Strasbourg menyukarkan beliau. Pada 1975, beliau telah ditandatangani oleh kelab amatur SPV Strasbourg. Ini disebabkan Hild memerlukan seorang pemain tengah dan pemain yang mampu memegang pasukan, akhirnya beliau memutuskan untuk merekrut Wenger. Kelab ini berjaya mengekalkan prestasi untuk memuncak dalam Liga Perancis sejak penubuhannya; tahun ketiga Wenger dikelab ini berjaya memuncakkan kelab untuk menaiki liga kepada liga ketiga.

Pada 1978, Hild menyertai RC Strasbourg sebagai jurulatih pasukan simpanan. Kedudukan ini menyebabkan beliau memerlukan seorang pemain berpengalaman untuk bekerja dengan pemain muda. Hild dan Frantz mengesyorkan Wenger dan bejaya menyakinkan pengurus kelab itu, Gilbert Gress untuk menandatangani Wenger. Hild memindahkan Wenger dari posisi tengah ke posisi pertahanan. Pada 1978, beliau membuat kemunculan pertama untuk pasukan menentang MSV Duiburg dalam UEFA Cup tetapi Strasbourg tewas 4-0. Sebulan kemudian, mereka menentang dengan juara Liga Pertama Perancis, AS Monaco. Pada hujung musim 1978-79, RC Strasbourg memenangi liga tersebut tetapi Wenger tidak dapat menyertai sambutan kemenangan kerana sibuk dengan pemain-pemain muda.

Wenger menghabiskan dua tahun terakhirnya terutamanya dengan menguruskan pasukan simpanan RC Strasbourg. Beliau mula menyedari tentang kepentingan berbahasa Inggeris dan menghabiskan cuti beliau belajar bahasa Inggeris selama 3 minggu di Cambridge. Wenger turut menuntut lencana kejurulatihan di CREPS di Strausbourg. Program seterusnya mengambil tempat di Vichy yang tersebar lebih tiga minggu. Wenger akhirnya berjaya mempraktikkan latihan Frantz, terutamanya isometrik. Pada 1981, beliau menerima diploma pengurusan di Perancis.