Arthur_Charles_Alfred_Norman

Arthur Charles Alfred Norman merupakan arkitek Jabatan Kerja Raya (PWD)/(JKR) di Tanah Melayu tahun 1883-1903.[1][2] Beliau adalah perancang dan arkitek penting bagi kebanyakan bangunan penting di ibu kota Kuala Lumpur.Antaranya ialah :Semua bangunan ini merupakan bangunan bersejarah dan menjadi tarikan pelancong . oleh itu bangunan-bangunan ini diletakkan di bawah Akta Antikuiti 1976 dan diberi perlindungan dan pemuliharaan. Kebanyakan bangunan yang dibina oleh British mengambil dan meniru seni bina Moor, Tudor, Neo-Classical dan Neo-Gothic. Jabatan Kerja Raya (PWD) bertanggungjawab untuk reka bentuk pelan-pelan bangunan dan penaikan dengan bantuan penyelia tapak projek oleh jurutera-jurutera awam. Pegawai lain yang turut bertanggungjawab ialah Charles Edwin Spooner sebagai jurutera Negeri dan Pengarah Jabatan Kerja Raya.Lain-lain ialah RAJ Bidwell dan AB Hubback yang telah menyumbang idea-idea rekaan mereka, cadangan-cadangan dan malah menjalankan perincian lukisan-lukisan. Semasa banyak terbitan berkala dan buku telah menggambarkan bangunan-bangunannya.