Sejarah Asajaya

Asajaya dulunya dikenali dengan nama Nonok yang merupakan sebuah daerah kecil yang mula wujudkan pada 1 Oktober 1970. Daerah kecil Nonok ketika itu ditadbir oleh seorang Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) dengan dibantu oleh dua orang kakitangan. Dua tahun berikutnya, pejabat baru telah dibina dengan pertambahan kakitangan kepada empat orang sehingga terbinanya sebuah bangunan konkrit yang baru yang mula beroperasi pada tahun 1993 sehingga ke hari ini.

Nonok dahulunya ada dibawah pentadbiran Daerah Kuching dari tahun 1970 sebelum diambilalih oleh Daerah Samarahan pada tahun 1993 setelah Samarahan diiktirafkan sebagai Daerah penuh dan nama Nonok ditukarkan nama sebagai Asajaya. Rentetan sejarah Asajaya terus berlaku dengan secara rasminya dengan dinaikkan taraf dari daerah kecil ke daerah penuh pada 31 Disember 1999.

Sejak beroperasi sebagai daerah penuh Asajaya terus menampakkan kemajuan pembangunan seperti kemudahan-kemudahan infrastruktur serta pembangunan ekonomi penduduk yang pesat dan ketara selain dari kemasukan pelbagai agensi kerajaan yang lain mula membuka pejabat mereka disini.

Dulu Nonok hanya boleh dihubungi dengan bot atau perahu yang merentasi Laut China Selatan dengan deruman ombak yang kuat melanda betin Sebandi.

[2]