Asambhav

Asambhav (Bahasa Hindi: असम्भव, terjemahan: Mustahil) ialah filem aksi Thriler India 2004 arahan Rajiv Rai dan diterbitkan oleh Gulshan Rai di bawah panji Trimurti Films. Ia dikeluarkan pada 23 Julai 2004, yang dibintangi oleh Arjun Rampal, Naseeruddin Shah dan Priyanka Chopra dalam peranan utama dengan Dipannita Sharma, Tom Alter, Milind Gunaji dan Sharat Saxena menjayakan peranan pembantu antara lain.[1] Filem itu diifilemkan sepenuhnya di Switzerland.[2]