Ascariasis
Ascariasis

Ascariasis

Ascariasis merupakan penyakit yang disebabkan oleh cacing bulat Ascaris lumbricoides yang parasit.[1] Dalam lebih 85% kes, jangkitan tidak menunjukkan apa-apa simptom, terutama sekali jika bilangan cacing adalah kecil.[1] Simptom bertambah dengan bilangan cacing yang ada dan boleh termasuk sesak nafas dan demam pada permulaan penyakit.[1] Simptom-simptom ini mungkin disusuli dengan simptom perut membuncit, sakit perut dan cirit-birit.[1] Kanak-kanak adalah golongan yang paling biasa dijangkiti dan pada peringkat umur ini, jangkitan boleh juga menyebabkan kurang penambahan berat badan, kekurangan zat makanan dan masalah pembelajaran.[1][2][3]Jangkitan berlaku melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar oleh telur Ascaris daripada tinja.[2] Telur ini menetas di dalam usus, menebuk dinding perut, dan berpindah ke paru-paru melalui darah.[2] Di sana, larva-larva ini menebuk masuk ke dalam alveoli dan memasuki trakea, di mana ia diluahkan dengan batuk dan ditelan semula.[2] Larva-larva ini kemudiannya melalui perut buat kali kedua ke dalam usus di mana ia menjadi cacing dewasa.[2]Pencegahan adalah dengan kebersihanyand dipertingkat, yang termasuk memperbaik capaian ke tandas dan pelupusan tinjayang wajar.[1][4] Mencuci tangan menggunakan sabun nampaknya mampu melindungi.[5] Di kawasan di mana lebih daripada 20% populasi dijangkiti, merawat semua orang pada jarak waktu yang tetap adalah disarankan.[1] Jangkitan yang berulang adalah biasa.[2][6] Penyakit ini tiada vaksin.[2] Rawatan yang disarankan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia adalah ubat-ubatan albendazole, mebendazole, levamisole atau pyrantel pamoate.[2] Agen lain yang berkesan termasuk tribendimidine dan nitazoxanide.[2]Kira-kira 0.8 sehingga 1.2 bilion orang seluruh dunia menghidapi ascariasis dengan populasi yang paling teruk terjejas ialah di sub-Sahara Afrika, Amerika Latin, dan Asia.[1][7][8] Ini menjadikan ascariasis bentuk helmintiasis tularan tanahyang paling biasa.[7] Pada tahun 2010, ia sudah mengakibatkan 2,700 kematian, iaitu kurang daripada 3,400 kematian pada tahun 1990.[9] Sejenis Ascaris yang lain pula menjangkiti khinzir.[1]