Kerjaya Ashraf_Sinclair

Ashraf mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005. Kemudian beliau menempah nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2006 beliau mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3. Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada bulan Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.

Kini Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Kini Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga.

Ashraf pernah diundi sebagai "Bachelor with the Coolest Character" (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo's 50 Most Eligible Bachelors.