Ashton-Tate

Ashton-Tate (Ashton-Tate Corporation) ialah sebuah syarikat perisian bertapak di Amerika Syarikat yang dikenali kerana telah membangunkan aplikasi pangkalan data dBASE. Ashton-Tate berkembang daripada sebuah syarikat garaj kecil-kecilan kepada sebuah perbadanan multinasional. Pernah menjadi salah satu daripada tiga syarikat perisian terbesar bersama-sama Microsoft dan Lotus, syarikat ini jatuh dan kemudiannya dijual kepada Borland pada bulan September 1991.