Asid_sulfurus
Asid_sulfurus

Asid_sulfurus

Asid sulfurus merupakan sebatian kimia dengan formula H2SO3. Tidak ada bukti bahawa asid sulfurus wujud dalam larutan, tetapi molekulnya telah dikesan dalam fasa gas.[1] Asas konjugat asid ini sukar difahami, bagaimanapun, anion yang sama ialah bisulfit (atau hidrogensulfit) dan sulfit. Asid sulfurus adalah spesies perantaraan dalam pembentukan hujan asid yang berpunca dari sulfur dioksida.[2]Spektroskopi Raman bagi larutan sulfur dioksida hanya menunjukkan tanda isyarat di dalam air disebabkan oleh molekul SO2 dan ion bisulfit, HSO3−.[3] Keamatan isyarat adalah konsisten melalui berikutan dengan keseimbangan:17O Spektroskopi NMR mengemukakan bukti bahawa larutan asid sulfurus dan sulfida terproton mengandungi campuran isomer yang berada dalam keseimbangan:[4]Larutan akueus sulfur dioksida, yang kadangkalanya dirujuk sebagai asid sulfurus, digunakan sebagai agen penurunan dan pembasmi kuman, kerana merupakan larutan bagi garam bisulfit and sulfit. Mereka juga adalah peluntur ringan, dan digunakan untuk bahan-bahan yang mungkin boleh rosak sekiranya menggunakan peluntur yang mengandungi klorin.

Rujukan

WikiPedia: Asid_sulfurus http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.1069.... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=O%3... http://fdasis.nlm.nih.gov/srs/srsdirect.jsp?regno=... http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/summary/summary.cg... http://www.kegg.jp/entry/C00094 http://www.commonchemistry.org/ChemicalDetail.aspx... //doi.org/10.1002%2Fanie.198815331 http://www.inchem.org/documents/icsc/icsc/eics0074... https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85130395 https://d-nb.info/gnd/4180444-2