Biologi Asid_urik

Asid Uric dihasilkan oleh xanthine oxidase dari xanthine dan hypoxanthine, dimana ia bertukar dihasilkan dari purin. Asid urik lebih bertoksik kepada tisu berbanding xanthine atau hypoxanthine.[petikan diperlukan] Asid urik terhasil dalam keadaan hiposik.[3]

Dalam manusia dan primat tertinggi, asid urik adalah hasilan terakhir oksidasi (pecah urai) dari produk metabolisma purin]] dan ia disingkirkan dalam urin. Dalam kebanyakan mamalia, enzim uricase mengoksidasikan asid urik kepada allantoin.[4] Kehilangan uricase dalam primat tertinggi selari bersamaan dengan kehilangan kemampuan untuk mensintesiskan Asid askorbik.[5] Kedua-dua asid urik dan asid askorbik adalah kuat sebagai ejen penurun (penderma elektron) dan sebagai antioksida yang baik. Dalam manusia, lebih setengah dari kapasiti antioksida dalam plasma darah datang dari asid urik.[6]Anjing Dalmatian mempunyai kecacatan genetik dalam pengambilan asid urik oleh organ hati dan buah pinggang, yang hasilnya membawa kepada penurunan pertukaran kepada allantoin, jadi baka ini hanya membuang asid urik, bukannya allantoin, dalam air kencingnya.[7]

Dalam burung dan reptilia, dan haiwan mamalia padang pasir seperti tikus kangaroo), asid urik adalah produk hasilan terakhir bagi metabolism purin, tetapi ia disingkirkan melalui najisnya dalam bentuk jisim kering. Ini melibatkan laluan metabolism yang kompleks dan rumit. Kesan dari metabolism adalah tinggi kadar tenaga digunakan berbanding proses keatas bahan buangan nitrogen yang lain seperti urea dari kitar urea atau ammonia, tetapi mempunyai kelebihan dalam mengurangkan kehilangan air dalam tubuh.[8]

Dalam manusia, kira-kira 70% dari buangan asid urik berlaku melalui buah pinggang, dan dalam 5-25% manusia didunia mempunyai kegagalan renal (buah pinggang) menjalankan perkumuhan kepada hyperuricemia.[9]

Rujukan

WikiPedia: Asid_urik http://www.amamanualofstyle.com/oso/public/jama/si... http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.1142.... http://www.dietaryfiberfood.com/purine-food.php http://www.healthcastle.com/gout.shtml http://www3.interscience.wiley.com/journal/1191457... http://news.yahoo.com/s/hsn/20091021/hl_hsn/common... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=O%3... http://www.unc.edu/~rowlett/units/scales/clinical_... http://library.med.utah.edu/NetBiochem/pupyr/pp.ht... http://www.bmrb.wisc.edu/metabolomics/gen_metab_su...