Asidosis_metabolisme
Asidosis_metabolisme

Asidosis_metabolisme

Dalam perubatan, asidosis metabolisme ialah suatu keadaan yang berlaku apabila badan menghasilkan terlalu banyak asid atau apabila ginjal tidak membuang asid secukupnya daripada badan. Jika tidak diperiksa, asidosis metabolisme membawa kepada asidemia, contohnya, pH darah adalah kurang (kurang daripada 7.35) kerana peningkatan penghasilan ion hidrogen oleh badan atau ketidakbolehan badan untuk membentuk bikarbonat (HCO3-) di dalam ginjal. Sebab-sebabnya meluas, dan akibatnya boleh menjadi parah, termasuk koma dan kematian. Bersama dengan asidosis pernafasan, ini merupakan salah sati daripada dua sebab umum asidemia.