PH
PH

PH

Dalam kimia pH merupakan ukuran keasidan dan kealkalian sesuatu larutan. Larutan dengan pH kurang daripada 7 berasid manakala larutan dengan pH lebih daripada 7 bersifat alkali. Air tulen mempunyai pH berdekatan dengan 7. Skala pH berdasarkan piawaian antarabangsa.[1] Tetapan nilai pH ditentukan berdasarkan kepekatan sel galvanik, yang merupakan perbezaan keupayaan elektrod antara elektrod hidrogen dan elektrod piawanan seperti argentum klorida. pH sesuatu larutan akues diperoleh dengan menggunakan elektrod kaca dan meter pH atau menerusi penunjuk pH.