Askar_marin
Askar_marin

Askar_marin

Askar Marin, juga dikenali sebagai kor marin dan infantri laut, adalah sebuah pasukan infantri yang pakar dalam membantu operasi tentera laut dan tentera darat, serta pelaksanaan operasi mereka sendiri. Di kebanyakkan negara, askar marin ialah sebahagian daripada tentera laut, tetapi ia juga boleh berada dibawah tentera darat seperti Troupes de marine (Pasukan Marin Perancis) dan Givati Brigade (Briged Marin Israel), atau membentuk cabang ketenteraan bebas seperti Kor Marin Amerika Syarikat dan Marin Diraja.Dari segi sejarah, tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan marin ialah menyediakan perlindungan dari perang sewaktu di laut, memperlihatkan sifat tekanan syarikat kapal dan risiko pemberontakan. Tugas-tugas lain termasuk memasuki kapal semasa bertempur atau menawan kapal rampasan dan menyediakan tenaga kerja untuk penyerbuan ke pantai bagi menyokong objektif tentera laut.Dengan perindustrian peperangan pada abad ke-20 skala operasi pendaratan meningkat; ini membawa bersamanya peningkatan kemungkinan tentangan dan keperluan untuk penyelarasan pelbagai elemen ketenteraan. Tentera marin berkembang dengan mengkhusus dalam kemahiran dan keupayaan yang diperlukan untuk peperangan amfibia.

Berkaitan