Astro_Ceria
Astro_Ceria

Astro_Ceria

Astro Ceria merupakan saluran televisyen bahasa Melayu 24 jam yang terdapat dalam perkhidmatan televisyen satelit Astro. Saluran ini mensasarkan golongan kanak-kanak sebagai penonton saluran ini. Ia dilancarkan pada 31 Ogos 2006, menjadikan ia saluran televisyen pertama di Malaysia yang mengkhususkan golongan kanak-kanak. Mulai 22 November 2019, Astro Ceria HD memulakan penyiaran di saluran nombor 631 dan menyertai Astro Xiao Tai Yang HD pada nombor saluran 304. Astro Ceria mempunyai program baru dengan kerjasama Pinkfong (asalnya dari Korea Selatan) berjudul "Hello Pinkfong!".Semua rancangan Astro Ceria diambil daripada pelbagai negara yang mana melibatkan kartun berbahasa Inggeris, Melayu, dan Indonesia. Namun, terdapat beberapa rancangan Astro Ceria yang asalnya disiarkan di Sepanyol tetapi terjemahannya masih dikawal. Penonton boleh menonton kartun Astro Ceria meliputi dua bahasa; bahasa Melayu, yang mana ia menjadi bahasa keutamaan bagi semua rancangan Astro Ceria atau bahasa asal sesuatu program disiarkan. Sarikata tidak terdapat di Astro Ceria buat masa ini.Astro Ceria telah menganjurkan beberapa aktiviti untuk golongan kanak-kanak bagi menambahkan populariti antara stesen televisyen yang lain. Pertandingan maraton Run for Fun anjuran Astro Ceria telah diadakan antara bulan Februari hingga April dan kini diberhentikan.

Astro_Ceria

Singtel TV Saluran TBA (Akan Datang)
Dilancarkan 31 Ogos 2006 (SD)
22 November 2019 (HD)
Dimiliki oleh Astro
Format gambar SDTV 16:9 (576i) (13 Oktober 2007-22 November 2019) 16:9 HDTV (1080i) (sejak 22 November 2019)
Astro Nusantara Saluran 10 (SD)
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang Laman web rasmi
Kristal-Astro Saluran 611 (SD)
Saluran 631 (HD)
Astro Saluran 611 (SD)
Saluran 631 (HD)
Kawasan siaran Brunei
Malaysia
Negara Malaysia
Cogan kata Untuk Kita Aje!