Astro_Shuang_Xing

Shuang Xing merupakan saluran drama yang menawarkan tayangan drama dari Asia (termasuk Hong Kong). Genre rancangannya meliputi dari epik kepada idol, aksi, purbawara, komedi dan percintaan. Pola penjadualan uniknya membolehkan penonton habis menonton satu siri dalam masa satu hingga dua minggu, bergantung kepada bilangan episod dalam siri tersebut. Audio dwibahasa ditawarkan sekiranya wujud untuk daya tarikan yang lebih.Astro Shuang Xing dapat ditonton di saluran 324 dan saluran 307 (HD) di Astro.