Astrologi

Astrologi (bahasa Greek: αστήρ, αστρός (astér, astrós), "bintang", λόγου (lógos, lógou), "kajian": maknanya kajian bintang) merupakan beberapa sistem, tradisi dan kepercayaan yang mangaplikasikan kedudukan relatif badan di angkasa lepas untuk memahami, mentaksir, dan mengaturkan maklumat tentang keperibadian, hal ehwal manusia dan perkara lain di bumi. Astrologi mula diamalkan sejak 2000 S.M.[1]Pengamal astrologi dipanggil ahli astronomi. Astronomi telah didefinisikan sebagai bahasa perlambangan,[2][3] sebentuk seni,[4] sejenis sains,[4] serta satu kaedah pemujaan.[5][6] Masyarakat sains sering menganggap astrologi sebagai pseudosains atau pantang larang.[7][8] Walaupun prinsip astrologi tidak mempunyai sebarang bukti sains, ia masih dipercayai oleh ramai orang.[9][10][11][12]