Atalanta_B.C.
Atalanta_B.C.

Atalanta_B.C.

Atalanta Bergamasca Calcio, juga dikenali sebagai Atalanta, Atalanta Bergamo atau Atalanta BC, ialah sebuah kelab bola sepak profesional Itali berpangkalan di Bergamo, Lombardy. Kelab ini bermain dalam Serie A selepas memperoleh kenaikan dari Serie B pada musim 2010-11.Atalanta digelar sebagai Nerazzurri dan Orobici. Atalanta bermain dalam pakaian berjalur biru-hitam bersama seluar pendek hitam dan stokin hitam. Gelanggang utama pasukan ini ialah Atleti Azzurri d'Italia, yang mempunyai 26,638 tempat duduk.Di Itali, Atalanta kadang-kadang dipanggil Regina delle provinciali (ratu kelab daerah) untuk menandakan fakta bahawa kelab ini dahulu salah satu kelab konsisten di antara kawasan bukan-metropolitan dan telah beraksi 53 kali di Serie A, 28 kali di Serie B dan hanya sekali beraksi di Serie C1.Kelab ini memenangi Coppa Italia pada tahun 1963 dan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Pemenang UEFA 1988 sewaktu Atalanta bermain di Serie B. Inilah persembahan terbaik yang dilakar oleh kelab bukan divisyen pertama dalam kejohanan besar UEFA. (bersama-sama dengan Cardiff City).[2] Atalanta juga mengambil bahagian dua kali dalam Piala UEFA dan melangkah ke peringkat suku akhir pada musim 1990–91.