Atari_7800
Atari_7800

Atari_7800

Atari 7800 ProSystem (dikenali juga dengan nama Atari 7800) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Atari Corporation pada tahun 1986. Konsol ini sepatutnya dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 1984 sebagai pengganti kepada konsol Atari 5200, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan penjualan syarikat Atari Inc. pada ketika itu[1]. Konsol ini juga merupakan konsol pertama yang dicipta Atari yang mempunyai kebolehan untuk memainkan permainan video dari konsol popular mereka iaitu Atari 2600[2].

Atari_7800

Media Katrij ROM
CPU Atari SALLY 6502 ("6502C") berkelajuan 1.19-1.79MHz
Pengilang Atari Inc., Atari Corporation
Generasi Generasi ketiga
Ketersediaan runcit Mei 1986
Jenis Konsol permainan video