Biografi Athena_Chu

Athena memasuki Akademi Seni Persembahan Hong Kong sekitar tahun 1990 dan menamatkan pengajian pada tahun 1992. Pada masa itu, Chu mendapat wang tuisyen dengan bekerja sebagai hos rancangan kanak-kanak di TVB. Tidak lama selepas menamatkan pengajian, dia muncul dalam filem pertamanya iaitu Fight Back to School 2 dan berjaya dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Filem Hong Kong. Semasa di set filem inilah dia bertemu dan mula menjalinkan hubungan dengan Stephen Chow, tetapi hubungan mereka bermasalah dan akhirnya putus empat tahun kemudian. Pada tahun 1995, Chu muncul sebagai pelakon wanita utama disamping Chow dalam filem A Chinese Odyssey Bahagian 2: Cinderella.[1]Athena Chu sekarang sedang menjalinkan hubungan dengan bekas pemain gitar kumpulan Beyond, Paul Wong