Sejarah Atur_Cara_Kawalan_Rangkaian

NCP menyediakan sambungan dan kawalan alir antara proses-proses yang sedang berjalan pada komputer hos ARPANET berlainan. Perkhidmatan aplikasi, seperti emel dan pindahan fail, dibina di atas NCP, menggunakannya untuk mengendalikan sambungan ke komputer hos lain.

Pada ARPANET, protokol-protokol dalam Lapisan Fizikal, Lapisan Pautan Data dan Lapisan Rangkaian yang diguna dalam rangkaian dilaksanakan pada Pemproses Pesanan Antara Muka (IMP) berasingan. Hos biasanya disambungkan kepada IMP menggunakan jenis antara muka lain, berlainan tentuan lapisan fizikal, pautan data dan rangkaian. Kebolehan IMP dinyatakan dalam Protokol Hos/IMP dalam Laporan BBN 1822.

Oleh kerana lapisan protokol lebih bawah disediakan oleh antara muka hos IMP, NCP menyediakan secara khusus satu Lapisan Pengangkutan yang terdiri daripada Protokol Hos-ke-Hos ARPANET (ARPANET Host-to-Host Protocol, AHHP) dan Protokol Sambungan Permulaan (Initial Connection Protocol, ICP). AHHP menakrifkan tatacara-tatacara untuk menghantar strim data terkawal aliran ekaarah antara dua hos. ICP pula menakrifkan tatacara untuk memulakan pasangan dwiarah bagi strim sedemikian antara dua proses hos. Protokol aplikasi (contohnya FTP) mencapai perkhidmatan rangkaian menerusi lapisan atas NCP, pelopor kepada antara muka soket Berkeley.