Audit_kewangan

Audit kewangan, atau lebih tepat dinamakan audit pada penyata kewangan, adalah pemeriksaan penyata kewangan sesebuah syarikat atau organisasi lain oleh parti ketiga yang berpendirian tidak berat sebelah, lalu menghasilkan pendapat bebas mengenai sama ada penyata kewangan adalah relevan, tepat dan lengkap.Audit kewangan biasanya diamalkan oleh firma-firma akauntan, kerana pengetahuan laporan kewangan khusus yang diperlukannya. Audit kewangan merupakan salah satu daripada pelbagai fungsi jaminan atau perbahasan yang disumbangkan oleh firma perakaunan, yang mana firma tersebut menyumbangkan pendapat bebas mengenai maklumat yang diterbitkan kepada umum.Kebanyakan organisasi mengupah juruaudit dalaman secara berasingan, yang tidak bertujuan berbahas mengenai laporan kewangan, sebaliknya menumpu kepada kawalan dalaman organisasi berkenaan. Juruaudit luar boleh memilih untuk meletakkan kebolehpercayaan yang terhad pada kerja-kerja auditor dalaman.