Tujuan Audit_kewangan

Audit kewangan bertujuan memastikan bahawa segala penyata kewangan yang dilaporkan secara adilnya mewakili kedudukan dan prestasi organisasi kepada pemegang kepentingan (pihak yang terlibat) bagi firma tersebut. Pemegang kepentingan utama sesebuah syarikat lazimnya ialah pemegang sahamnya, tetapi pihak-pihak lain seperti pihak berkuasa yang memungut cukai, bank, regulator, pembekal, pembeli dan tenaga kerjanya mungkin juga melibatkan diri dalam kegiatan perniagaan agar memastikan bahawa maklumat dalam penyata kewangannya tepat.

Audit direkabentuk untuk mengurangkan kemungkinan silap nyata yang material (material misstatement), iaitu maklumat yang palsu atau tertinggal, sama ada disebabkan penipuan (termasuk silap nyata secara sengaja) atau kesilapan. Material didefinisikan secara amat meluas sebagai cukup besar atau penting untuk mempengaruhi keputusan para pemegang kepentingan.