Avex Group

Avex Inc. atau Avex Group adalah sebuah konglomerat hiburan yang diasaskan oleh Max Matsuura dan beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Syarikat ini menjadi syarikat muzik tarian yang utama ketika 1990-an dan terus menghasilkan dan menguruskan beberapa penyanyi terlaris di negara itu seperti Ayumi Hamasaki[5] dan sensasi internet Daimaou Kosaka (lebih dikenali sebagai Pikotaro).[6] Walaupun syarikat ini lebih memberi tumpuan kepada industri muzik, ia juga turut beralih kepada jenis perniagaan lain seperti anime, permainan video dan acara muzik langsung seperti bekerjasama dengan Ultra Music Festival[7] dan menghoskan konsert tahunan a-nation.[8]

Avex Group

Ditubuhkan 11 April 1988 (sebagai Avex D.D., Inc.)*
Bilangan pekerja 1,455 (setakat 31 Mac 2017)[4]
Perancang utama Max Matsuura (CEO)[1]
Keluaran
  • CD
  • DVD
Tempat dibekalkan Seluruh dunia, terutamanya di Asia
Nama asal エイベックス株式会社
Genre Syarikat rakaman muzik
(J-pop, Eurobeat dan lain-lain)
Hasil 16.1592 trilion yen[2]
Didagangkan sebagai TYO: 7860
FWBAX8
Pemilik Setakat 31 Mac 2017:[3]
Ibu pejabat Avex Building, 3-1-30 Minami-Aoyama, Minato-ku, Tokyo 107-8577 (General Reception 2th Floor)
Pengasas Max Matsuura
Anak syarikat lihat anak syarikat
Laman sesawang www.avex.co.jp
Jenis
Pendapatan bersih 118 juta yen[2]
Industri