Jawatan Awang_Tengah_Ali_Hassan

Awang Tengah pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan di Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak.[3]

Beliau kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak untuk mengisi kekosongan selepas bekas Timbalan Ketua Menteri, Abang Johari Tun Openg dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak, Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan dan Menteri Kedua Pembangunan Bandar dan Sumber Asli.[4]