Ulasan Awas

Filem lakonan Kumpulan KRU ini ditayangkan pada 1995 dan tidak banyak info di carian google sebab filem ni tak diterbitkan ke dalam format VCD jadi hanya format VHS/pita video saja yang dimuat naik ke youtube untuk tontonan dengan kualiti video & audio yang teruk, seharusnya diproses semula.

Plot cerita Edry,Yusri pastinya berat untuk remaja sebaya mereka. Jika tersalah langkah, pasti tersungkur. Edry datang dari keluarga sempurna pada luaran, ada tempat tinggal,ibu bapa dan adik beradik tetapi institusi kekeluargaan ini runtuh. Dari sini lah punca pentingnya ada sahabat yang sedia membantu. Jadi Edry masih ada Yus dan Norman untuk mengadu disamping dapat melupakan masalah di rumah. Dia juga hampir saja lagi terjebak ke kancah homoseksual yang masih lagi taboo di era itu. Sham lakonan Mahmud Ali Bashah berkelulusan luar negara, lengkap segalanya tapi masih hidup bersendiri lantas terbit rasa ingin tahu Edry mengapa dia masih bujang. Walaupun tak disampaikan dengan jelas, rasanya audiens boleh menangkap dari gerak gaya yang Sham itu homoseksual dan Husni telah menjadi mangsanya. Diakhir filem itu dia disahkan menghidap HIV positif, meninggalkan Husni dengan seribu kekesalan.

Yusri, perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada Sheila, kesan terlalu hanyut dengan keseronokan sementara. Akhirnya terpaksa menerima hakikat dia mengandung luar nikah dah bakal menerima padah atas perbuatannya. Isu buang bayi juga meledak di era 90an dulu, lagi parah berbanding hari ini. Isu pembuangan bayi pada waktu itu masih taboo dan masyarakat menghukum pesalah ini lantas menyebabkan mereka malu untuk memulakan semula kehidupan. Berbeza dengan harini dimana masyarakat mula memberi bimbingan pada mereka yang terlanjur dan dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab.

Sub-plot kisah Norman pula tiada yang begitu serius untuk diangkat. dah macam cerita kartun kanak-kanak pun ada dengan data yang hanya disimpan dalam disket berkapasiti 1mb boleh membahayakan separuh penduduk bumi !!!

Berkaitan