Sejarah Axiata_Arena

Pada 15 Ogos 2009 , Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima telah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pembukaan Sukan Para Asean 2009 yang telah diadakan di Stadium Putra. Majlis penutup yang berlangsung pada 19 Ogos 2009 turut dihadiri dan dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu.

Pada 31 Ogos 2010 Stadium Putra telah dipilih sebagai venue untuk Sambutan Hari Merdeka yang ke-53. Ini adalah kali pertama Sambutan Hari Kemerdekaan disambut di tempat yang tertutup kerana berlangsung pada bulan Ramadhan.

Penyanyi Kesayangan Negara Siti Nurhaliza Binti Tarudin adalah anak seni yang paling banyak telah membuat menampilan atau melakukan persembahan konsert di dalam Axiata Arena. Konsert pertama beliau telah dilangsungkan di Axiata Arena pada ketika itu dikenali sebagai Stadium Putra Bukit Jalil pada tahun 30 Oktober 1999 ketika beliau sedang berusia 20 Tahun.

Berkaitan