Ayai_Illusi

Zaharuddin bin Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Ayai adalah salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia yang berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Bintang RTM pada tahun 1986, seterusnya menganggotai kumpulan Illusi pada tahun 1988. Beliau juga adalah abang kepada Mohd Halim Kamaruddin, vokalis gantian untuk kumpulan Ekamatra ketika kumpulan tersebut bertanding di peringkat akhir Juara Lagu 1990.Bersama kumpulan Illusi, nama Ayai mula meniti di bibir peminat menerusi lagu-lagu hitnya, antaranya ialah Puisi Cinta (1988), Segalanya Ku Terima dan Suara Cinta (1989) serta Inang Bujang Dan Dara (1993). Kemudian, beliau meneruskan kerjayanya secara solo dan sempat menghasilkan satu album studio berjudul Ayai Illusi pada tahun 1995.

Berkaitan