Asal Ayam_Cemani

Baka ini berasal dari Cemani, sebuah kampung berhampiran dengan kota Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Ia pertama kali dieksport ke Eropah pada tahun 1998 oleh seorang pembiak Belanda, Jan Steverink. Pada hari ini, ia banyak dibela di Belanda, Jerman, Slovakia dan Czechia.

Terdapat banyak baka yang diterbitkan dari Ayam Cemani termasuk "Ayam Hitam Sweden". Idalah dipercayai Ayam Cemani mungkin telah dibawa ke Eropah oleh pelaut Syarikat Hindia Timur Belanda yang menjalankan perniagaan di Afrika dan Asia.[1]