Ciri-ciri Ayam_Cornish

Ayam ini besar, gempal dan sering dikacukkan dengan baka lain untuk meningkatkan pengeluaran daging. Ada dua varieti, iaitu Game Cornish dan Jubilee Cornish Game. Cornish Game berwarna biru atau hijau tua dengan corak coklat pada yang betina. Jubilee Cornish Game lebih ringan dan kurang gempal, berwarna gandum muda dengan corak perang muda.

Ayam Cornish terdapat dalam pelbagai warna dan sering diambil untuk pertunjukan pesta tani, biarpun kakinya kurang elok kerana pinggul lebar. Jika dikacukkan dengan Sussex atau Dorking, ia menjadi ayam pedaging rumah yang amat baik. Ayam ini bertelur sebanyak purata 160-180 biji setahun. Biarpun agak agresif ia cukup senang dikendalikan dan merupakan ibu yang baik. Baka ini memerlukan lebih banyak ruang daripada baka-baka lain jadi ia mungkin tidak sesuai untuk penternak dekat bandar. Akan tetapi ia amat terdedah kepada parasit, maka ia memerlukan lebih perteduhan kerana bulunya yang agak halus.