Ayam_Melayu
Ayam_Melayu

Ayam_Melayu

Ayam Melayu adalah satu baka ayam sabung. Ia merupakan baka ayam tertinggi di dunia, dengan tinggi lebih daripada 90 sm (36 inchi).[5] Ayam Melayu banyak dibiakkan di Eropah,[3] Australia dan Amerika Syarikat.[6] Ianya bermula di sebahagian Devon dan Cornwall yang terletak di barat laut England,[7] berpunca daripada ayam-ayam yang dimport daripada India[5] atau Asia Tenggara pada dekad-dekad terawal pada kurun ke-19, apabila sejumlah besar ayam baka ini bertaburan di utara India, Indonesia dan Semenanjung Tanah Melayu.[8]Ayam Melayu merupakan baka ayam pertama yang dibiakkan kepada baka bantam; satu versi kerdil bagi baka bersaiz standard yang bermula pada awal kurun ke-20.[1]

Ayam_Melayu

EE ya[3]
ABA kaki licin
PCGB bulu keras[4]
APA baka standard[2]
Berat Jantan: Standard: kira-kira 5 kg
Bantam: 1190–1360 g[1]
Nama lain Malay