Ciri-ciri Ayam_katik

Katik sesuai untuk dipelihara di laman belakang rumah yang kecil kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar sepertimana baka-baka yang lain. Telur ayam Katik betina bersaiz kira-kira separuh hingga satu per tiga berbanding saiz telur ayam biasa. Ayam Katik memakan makanan sama seperti ayam-ayam yang lain. Bagi perternakkan komersial, ayam ini diberi makanan berasaskan bijirin kerana ia lebih mudah dan senang didapati.

Katik kini menjadi terkenal sebagai haiwan kesayangan untuk tujuan pertandingan kerana saiznya yang kecil yang mempunyai pelbagai jenis dan warna bulu dan corak yang menarik. Baka-baka seperti Sebright, Belanda, dan Pekin merupakan baka-baka ayam yang terkenal dan merupakan ayam Bantam asli.

Ayam Katik jantan juga terkenal di kawasan luar bandar di seluruh United Kingdom dan Amerika Syarikat kerana sifat agresifnya. Ia seringkali dipanggil sebagai "Banty" di kawasan luar bandar di Amerika Syarikat.

Ayam Katik Old English biasanya digunakan untuk sabung di Eropah. Ia bersaiz kecil dan lebih pantas berbanding ayam jantan biasa yang digunakan sebelumnya.

Katik memiliki kadar kematian yang tinggi apabila dipelihara sebagai binatang kesayangan di belakang rumah. Ia menjadi sasaran mudah bagi burung helang, kucing, musang dan pemangsa-pemangsa kecil yang lain. Purata umur Bantam yang dipelihara secara lepas-bebas adalah kira-kira 1-3 tahun.