Ayu_(penyanyi)

Norayu Damit (atau Ayu; lahir 1989) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia yang menempa nama dengan menjuarai pertandingan menyanyi realiti One in a Million musim kedua.Single pertama beliau, iaitu "Hanya di Mercu" yang diperkenalkannya sebagai lagu finalis dalam acara finale OIAM2, pernah menerajui carta radio sekitar suku kedua tahun 2008. Album pertamanya, iaitu Inspirasi di bawah label Monkey Bone Records pada Julai 2009, dengan single terbaru Inspirasi Abadi.Pada April 2010, setelah banyak diperkatakan melalui khabar angin, Ayu akhirnya mengakui kepada umum bahawa beliau sudah berkahwin dan mempunyai anak, dan selama ini menyelindung perkara ini dari umum atas kedua-dua belah pihak keluarga, di samping tidak mendedahkan identiti suami dan anaknya itu.[1]