Azean Irdawaty
Azean Irdawaty

Azean Irdawaty

Azean Irdawaty Yusoef atau lebih dikenali sebagai Azean Irdawaty (27 Februari 1950 - 17 Disember 2013) ialah seorang pelakon Malaysia yang mula mencipta nama sebagai penyanyi era 1970-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak akhir 70-an dan awal 80-an. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Yan, meninggal dunia pada Selasa 17 Disember 2013 akibat penyakit tumor dan limfedema.[1]

Azean Irdawaty

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Anak Khaeryll Benjamin
Elza Irdalynna
Inessa Irdayanty
Tahun aktif 1979 - 2009
Kelahiran Azean Irdawaty binti Yusoef
(1950-02-27)27 Februari 1950
Alor Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pasangan Khairil Anwar Z.M Rashidi
Nama lain Kak Yan
Meninggal dunia 17 Disember 2013(2013-12-17) (umur 63)
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Sebab kematian Tumor, limfedema