Kerjaya Azhael

Selain terlibat dalam bidang nyanyian ahli kumpulan Azhael iaitu Mohd. Azhar juga bercerita tentang pengalaman berlakon sebuah telefilem iaitu "Cinta di Gerai, manakala Hal Husaini pula berkongsi pengalamannya menjadi pengacara.

2017 : Hael Husaini undur diri

Hael Husaini telah memberitahu peminat dalam laman sosial akaun instagram beliau tentang penarikan diri dari kumpulan Azhael pada 2 Februari 2017. Walaupun beliau meninggalkan kumpulan ini. Beliau akan tetap berada dalam industri seni sebagai seorang penyanyi solo dan masih dalam bawah pengurusan Astro Talent Management. Manakala Azhar yang merupakan ahli kumpulan Azhael akur dengan keputusan Hael untuk menarik diri. Walaupun agak terkilan namun beliau tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh rakan seperjuangnya itu. Beliau juga merancang untuk mencari anggota baru bagi menggantikan Hael dan tetap akan meneruskan industri seni secara vokal berkumpulan kerana merasakan sudah sebati dengan diri. [2]