Kerjaya Azhan_Rani

Azhan memulakan kerjaya awal sebagai pelakon teater pada 1994.[4] Beliau seterusnya bergiat aktif dalam drama radio pada 2004, ketika berusia 28 tahun, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menjayakan sebanyak 100 drama radio. Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie. Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.[5]

Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan. Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Raja Lawak, KL Zombi. Beliau turut membintangi dua lagi filem yang ditayangkan pada tahun sama, Aku Pilih Kamu dan Kolumpo.

Azhan memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.[6][7]

Beliau muncul bersama Ayda Jebat dan Syafiq Kyle dalam drama Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran di TV3. Azhan memegang watak sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli yang bersiaran di TV3 sepanjang Ramadan.[8] Azhan muncul dalam filem Kalla: Hidup Atau Mati arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang ditayangkan pada Oktober 2018, serta filem Bikin Filem yang akan menunggu tarikh tayangan.[9]

Rujukan

WikiPedia: Azhan_Rani http://www.imdb.com/name/nm4766555/ http://www.kosmo.com.my/hiburan/kisah-kalla-aidilf... http://www.kosmo.com.my/terkini/azhan-rani-tak-ras... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/azhan-rani-r... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/farid-kamil-... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pernah-dimin... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/azhan... https://www.mynewshub.cc/artis/gambar-azhan-rani-p...