Karier Aziz_Harun

Aziz mula aktif dalam bidang nyanyian sejak berusia tiga tahun dan beliau banyak terdedah dengan dunia muzik terutama nyanyian daripada keluarga beliau [2]. Pada tahun 2014, Aziz telah mengeluarkan single pertama beliau di Malaysia berjudul Senyum. Lagu ini yang telah membuatkan beliau popular di kalangan peminat di Malaysia.

Pada 22 September 2017, Aziz telah kembali dengan lagu baharu yang diberi judul Jangan selepas setahun tidak mengeluarkan sebarang lagu. Hal ini demikian kerana, Aziz sedang sibuk fokus kepada pelajaran di peringkat A-Level sepanjang tempoh setahun tersebut [3].

Aziz bakal berehat sebentar dalam bidang nyanyian setelah membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke UK (United Kingdom) bermula September 2019. Beliau yang ketika ini sedang menuntut Ijazah Sarjana Muda di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya akan terbang ke UK menjelang tahun kedua pelajaran September ini. Namun, beliau mengatakan ini bukan bermaksud ia akan berhenti berkarya dan akan tetap menghasilkan lagu di masa hadapan [4].

Aziz kini bernaung di bawah pengurusan syarikat Universal Music selepas berada bawah syarikat Warner Music sejak 2014 [5].

Aziz akan menyertai program realiti hiburan Big Stage Musim Kedua sebagai peserta yang akan mewakili negara kelahiran beliau iaitu Brunei [6]. Namun, Aziz telah menarik diri dari pertandingan tersebut setelah mendapat tawaran sambung belajar [7].

Pada 13 Disember 2019, Youtube akaun rasmi Faithful telah memuat naik lagu baru dari Aziz Harun yang bertajuk "Kembali" [8].