Kematian Aziz_Jaafar

Aziz Jaafar meninggal dunia di rumahnya dekat sini hari ini kerana demam.[1]

Beliau yang berusia 69 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di SS14 kira-kira pukul 6 pagi ini. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan Allahyarham isterinya, Normadiah di Bukit Kiara, Damansara selepas solat Asar.[1]

Menurut anak bongsunya, Liza, dia hanya menyedari ayahnya meninggal dunia sebaik sahaja memasuki kamar tidur pelakon tersebut pada pukul 10 pagi. Liza memberitahu, dia melihat ayahnya tersandar di tepi katil.[1]