Azizah_Mahzan

Azizah Mahzan ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang mula mencipta nama pada lewat 1980-an. Dilahirkan pada 4 November 1963. Beliau pernah meraih beberapa anugerah. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Nasir Bilal Khan pada tahun 1990-an. Beliau pernah menggemparkan negara pada tahun 2009 apabila beberapa gambarnya bersosial di Pulau Langkawi ketika menjalani penggambaran drama Spa Q disebarkan di Internet. [1], [2] Pada tahun 2011, ketika berlangsungnya Anugerah Seri Angkasa 2011 beliau telah mengumumkan persaraan ketika berusia 54 tahun akibat kekecewaannya kerana sering diberi watak streotaip.[3]