Azizul_Raheem_Awalludin

Azizul Raheem Awalludin adalah pengarah Tourism Malaysia di Sweden yang telah dibebaskan dari penjara di Sweden pada 9 Julai 2014. Azizul Raheem Awaluddin dipenjara bersama isterinya Shalwati Nor Shal di Sweden kerana kesalahan memukul anak-anaknya Aisyah, Ammar, Adam, Arif kerana tidak menunaikan solat.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Spånga, daerah Stockholm antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.Sweden telah mengharamkan hukuman dera ke atas kanak-kanak sejak tahun 1979 dan ia menjadi antara penyebab pendakwaan ke atas Azizul dan Shalwati yang boleh dipenjara sehingga enam tahun penjara dan denda, jika didapati bersalah melanggar integriti anak-anak mereka. [1]