Azma_Aizal_Yusoof

Muhamad Ismaizal bin Yusoof (lahir 12 Ogos 1982) atau lebih dikenali sebagai Azma Aizal Yusoof ialah pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik Malaysia.[1] Pada awal penglibatannya dalam bidang seni, Azma lebih dikenali sebagai Isma Yusoof.Kerjaya lakonan Azma bermula melalui drama RTM Sutun 2 pada 2006. Drama bersiri Merah Putih merupakan arahan pertama Azma lakonan Zahiril Adzim, Ellyas Abdullah dan Dira Abu Zahar pada 2009.[2] Selain itu, Azma turut mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan untuk siaran TV3. Azma turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.

Azma_Aizal_Yusoof

Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • pengarah
  • penulis lirik
Ibu bapa Hamidah Abdullah (ibu)
Tahun aktif 2006–kini
Nama lain Isma Yusoof
Pendidikan Filem Animasi
Kelahiran Muhamad Ismaizal bin Yusoof
(1982-08-12) 12 Ogos 1982 (umur 37)
Kuala Lumpur, Malaysia
Pusat pendidikan Universiti Multimedia