Pihak
Imigresen Filipina menahan
operator pelancongan Malaysia Azmi Salleh ( tahun 42) pada 8 Feb 2002 di
Lapangan terbang Antarabangsa Ninoy Aquino ,
Manila kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas
Al-Qaeda. Sebanyak 104 pasport,
telefon selular dan lebih US$50,000 tunai dirampas daripadanya.Beliau telah melanggar undang-undang
kastam dan
imigresen dan dihantar pulang kerana bekerja di
Filipina tanpa permit.Jurucakap Imigresen
Raymond Salting memberitahu , perintah itu yang ditandatangani oleh ketua Imigresen
Andrea Domingo, disampaikan kepada Kedutaan Malaysia sebagai sebahagian daripada protokol.Pihak kastam tidak mengenakan dakwaan mengenai pencabulan undang-undang kastam ke atas Azmi kerana cuba membawa keluar US$50,000 dalam bentuk
mata wang asing.Mengikut undang-undang sedia ada, seseorang hanya dibenarkan membawa keluar US$10,000.Bagaimanapun siasatan mendapati Azmi Salleh berada di Manila bagi mendapatkan
visa untuk rakyat Malaysia menunaikan
haji di
Mekah dan beliau menafikan ada kaitan dengan Al-Qaeda.Kes terhadap Azmi hanya membabitkan undang-undang Imigresen, kerana cubaan mendapatkan visa bagi pihak pelanggannya di Malaysia tanpa permit, di Manila.Azmi merupakan
pengusaha pelancongan .Isterinya
Jelima Mat Wahid, 38, berada di rumahnya di
Kampung Sena Rendang,
Marang,
Terengganu.