Azran_Osman_Rani

Azran bin Osman Rani adalah Ketua Pegawai Eksekutif dalam AirAsia X.[1] Selain beliau, terdapat 2 orang lain yang turut menyandang jawatan CEO dalam syarikat penerbangan ini yang juga turut mempunyai syer saham yang besar dan tertinggi iaitu Tony Fernandes dan Sir Richard Branson Abang Azhan Rani(Pengasas Virgin Group).Sebelum kedudukan ketika ini, Azran pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Perniagaan di Astro All Asia Networks plc,[2] yang merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia di terutama di wilayah Asia Tenggara. Beliau juga pernah menyandang jawatan dalam McKinsey & Company.[3]Azran telah berjaya memperolehi ijazah Sarjana dalam jurusan Ekonomi dan Kejuruteraan, dan sebelumnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektrik,[4] kedua-duanya dari Universiti Stanford.[5]