Keluarga Azrinaz_Mazhar_Hakim

Azrinaz lahir pada 23 September 1979 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak kepada Hakim Mazhar Mohd Johar dan ibunya Fauziah Abdullah Mansoor.

Mazrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 di Kuala Lumpur .[1] Mereka mempunyai dua anak iaitu :

Madu Azrinaz pada ketika itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Pada 16 Jun 2010, Sultan Hassanal Bolkiah (63) menceraikan isteri keduanya Azrinaz Mazhar Hakim (26) dengan talak satu. Berita itu disahkan melalui Radio Televisyen Brunei dan laman web [2]. Gelaran diraja Brunei 'Yang Teramat Mulia Pengiran' dan lain-lain gelaran ditarik balik.[3] Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar AS$20 bilion (RM65.25 bilion).[4]